Monday, May 31, 2010

Basuh Kereta

Jumaat cuti Hari Wesak baru ini tiba2 den terajin pulak basuh kereta. Ini sebagai latihan swing sebab petang nanti lopeh sembahyang Jumaat ada plak golf kat Staffield.

Inilah kereta yang den gunakan utk poe main golf....adalah gaya org muda sbb dia dua pintu yo

Den dibantu oleh anak bongsu den.

Kereta official den pergi kerja ni yang basuhnya sama ada bangla atau drebar den....tak do kojo den nak membasuh kereta tu.


Sunday, May 23, 2010

Berakit

Pada tahun 2007 dulu den pernah pergi berakit kat Sg Pahang bersama Kelab Rekreasi Heitech Padu selama 9 hari 8 malam bermula dari Kuala Lipis sehingga ke Kuala Pahang, Pekan. Memang banyak pengalaman yang menyeronokkan dan juga halang sepanjang ekspedisi ini. Apa yang pasti semangat dalam kumpulan menjadi tuntutan utama untuk mencapai objektif ke destinasi.

Inilah ahli kumpulan ekspedisi kami yang pada peringkat awalnya tidaklah berapa kenal antara satu sama lain tapi akhirnya hubungan menjadi mantap dan akrab. Tanpa disedari bermula daripada hubungan yang mantap itu membuahkan titik-titik perhubungan secara peribadi dalam kalangan ahli ekspedisi. Kini setelah 3 tahun berlalu, den menerima berita yang menggembirakan tak kurang juga menggemparkan apabila mendapat tahun pada awal Mei 2010 mereka telah mematerikan ikatan yang bermula dpd persahabatan hingga menjadi rakan sehidup semati.

Inilah den yang penuh semangat apabila ditugaskan menjadi jurumudi untuk ke stesyen yang kedua. Maklumlah pengalaman baru, biasanya memegang stering tapi kali ini pegang kemudi....faham-faham jelah sepatutnya rakit menghala ke kanan tapi pergi ke kiri.

Kesesakan lalu lintas rakit-rakit

Kalau dah lapar dan penat kerana berakit, makan apa pun laju.


Ha...ini gambar apabila hendak memulakan perjalanan dari stesyen Kerdau....punyalah bapak mertua den sayang ke den, sanggup dia mengantar dan memberi kata-kata semangat dan nasihat...maklumlah den bukan pernah pun duduk tepi sungai sebesar ini.

Bini den pun menumpang semangkuk dari stesyen Kerdau ke Mengkarak...dio ingat sonang...balik tu terus lenguh seluruh badan...tapi tak tahu apa tujuan dio sebenarnya..kut-kut nak jadi spy, takut den jadi macam kawan den tadi tu ha. Apa-apa pun den tetap den.

Saturday, May 15, 2010

Piala Thomas and Uber

Lama den dah tak update blog den ni...so hari ini sambil berehat-rehat menyaksikan pertandingan akhir piala uber antara Cina dan Korea teringat pulak den nak blogging. Badminton ni bukanlah den punya permainan tetapi sebagai peminat sukan apatah lagi pertandingan sebesar ini dianjurkan oleh Malaysia tak patut plak rasanya kalau tak mengikuti. Sebagai rakyat Malaysia yang minat dengan sukan, den berasa kagum dgn kebolehan Malaysia dalam menganjurkan pertandingan sukan bertaraf dunia. Bukanlah kesal tetapi rasa terkilan jugalah dgn performance pemain-pemain negara sama ada dalam piala Thomas dan juga Uber. Den rasa kebolehan pemain-pemain kita tak jauh bezanya dgn kebolehan pemain negara lain tetapi yang membezakan adalah semangat juang yang tinggi, ketahanan fizikal dan mental dan juga kejujuran mereka terhadap sukan demi maruah negara masing-masing. Bayangkan dalam acara badminton yang mana kebolehan Malaysia dibuktikan melalui rekod jauh lebih baik daripada negara Jepun. Oleh kerana, kriteria tadi dimiliki oleh setiap pemain Jepun sehingga mereka dapat mengalahkan pemain Malaysia. Masih terngiang-ngiang bagaimana mudahnya permainan perseorangan Malaysia ketiga yang pernah menjadi juara all England dengan mudah dikalahkan oleh pemain Jepun yang langsung tidak ternama. Apa yang menyedihkan den, pemain kita tidak langsung menunjukkan semangat juang yang tinggi malah mempamerkan betapa lemahnya mental dan fizikal hingga rela keluar melangkah gelanggang dengan tewas tak bermaruah. Memanglah adat dalam permainan ada kalah dan menang, tapi biarlah menang atau kalah itu dengan berharga serta bermaruah.

Saturday, February 27, 2010

Hari ini den duduk kat rumah yo...sambil menonton HSBC Woman Champion at Tanah Merah Country Club, Garden Course, Singapore. Kagum juga dgn pemain2 wanita Asia yang mampu bersaing dgn pemain2 dari US dan Europe. Herannya, tak ada sorang pun pemain wanita negara....walaupun kemudahan untuk bermain golf banyak dan murah berbanding dari negara Jepun dan Korea. It seems to me the Japanese and Korean are very serious in what ever they are doing. Anyhow, as an Asian I'm proud of their perfomance......waiting for the Malaysian ladies competing in this field.

Aimiazato is back to back champion for the Honda Thailand ladies open and HSBC Singapore ladies open.

Ini den masa champion Seven Luck Korean Tournament.


Friday, February 26, 2010

Den terpanggil untuk menghasilkan blog ni setelah melihat anak-anak den dan isteri den yang selalu sibuk update blog. Den terfikir juga sedangkan anak den yang baru setahun jagung sudah advance, bukan niat nak menyaingi anak-anak den tetapi nak sehala pemikiran dah mudah berbincang. Den pun rasa itu salah satu cara untuk merapatkan diri dengan anak-anak dgn cara mengikuti apa yang mereka suka lakukan sedangkan waktu den dgn mereka agak terhad. Tambahan pula anak-anak den tinggal di asrama, cuma yang bongsu je ada kat rumah.
Den rasa inilah masanya peluang den untuk menceritakan kisah hidup den bermula zaman kanak-kanak hingga sekarang. Anak-anak zaman sekarang ni tak merasa apa yang dirasai oleh kaum ibu dan bapa yang lahir awal tahun 60an.